Wednesday 14 December 2011

Megat Dekat Melaka

Inilah di panggil menara Taming Sari,cube tengok gambar di bawah.seluruh melaka boleh nampak bila naik bende ni.megat tak sanggup nak naik menara Taming Sari nih sebab bende nih berpusing membuatkan orang pening dan boleh buat orang muntah.

Dekat sana ada macam2 sejarah tapi megat malas amik tahu sebab banyak...lagi pun bukan megat faham pun..satu bende pun tak faham.megat cume tengok dan usha2 je apa yang ade..haha.

melaka ni memang best!rugi kalo tak pegi sebab sana ade beca cantik-cantik siap
berbunga lagi dan nampak menarik tapi mahal nak naik tu nak tahu berapa? 50 ringgit!
cume boleh 2 orang je muat atau 3 orang.kebanyakan beca ni orang tua kerepot yang bawak.tak sangka larat lagi bawak orang,kalo nak ikutkan memang kesian gila betul tak?

lepastu megat pegi Masjid Selat PEHHH! kalo you all tengok memang cantik reka bentuknye bermacaman corak yang ade pada dinding masjid tu.

megat dah cube naik kapal cruise..seronok gila cume megat lupa nak amik gmbr hehe..

kat sana megat asik2 skit perut..itu buat megat rase loya..memang kacau kalo nak jalan (ganggu).next time megat rase nak pegi vietnam.see :)

Doakan megat supaya selamat pulang ok? amin..


..Walao..

Tuesday 22 November 2011

Garuda Dibaham Harimau Muda

Fuhhhh! Alhamdulillah.. Legaaaaa.. Tahniah buat pasukan Malaysia a.k.a Harimau Muda telah berjaya membaham sang garuda yang tak mampu terbang dengan kemenangan 4-3 pada penentuan penanlti selepas perlawan terikat 1-1. Hahaha.. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tahniah Harimau Muda.. Kemenangan ini cukup besar buat negara kita Malaysia.. Walaupun bendera kita dibakar,dicicah taik,Pemain kita di perlekeh dan tidak mendapat layanan yang baik dari negara mereka.. Lagu kebangsaan kita "Negaraku" di boooo oleh mereka.. Tapi dengan kejayaan ini sudah cukup puas bagi aku.. Sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Muda.. Semoga selamat sampai ke tanah air...

Hai,abang abang harimau kita.Hensemnya kalian.Haha.Tahniah kepada abang abang harimau kita.Peace yoooooo^^.

..Walao..

Sunday 20 November 2011

Cuba Teka Mana Yang Ganjil?





Cuba korang teka,apa yang ganjil pada gambar di atas....
Alahai comelnya arnab-arnab ni...tapi rase macam ade yang tak kene hahaha...ofkos korg da tau mane satukan?.Ciannya dia tak ade kawan pakse la menyamar jadi rabbit,da macam kangro pulak aku tengok.haha

oklah.....ni nak kasi tahu.Arnab aku sudah beranak..aku pon senyum lebar :D,semuanya 8 ekor tapi malangnya sekor mati sebab ibu dia kasi pijak itu anak..ciankan?dah tinggal 7 hmmm sayangnya sekor lagi tu.tapi yang payahnya nak kasi arnab munyusu ibu kene pegang dua2 belah kaki tungggu sampai arnab tu kenyang dah berjam sampai tak sempat tengok cite doreamon.kalau nak tahu arnab aku ade banyak warna,oren putih 1,hitam putih 2,kelabu 1,kelabu oren 1,perang 1,putih 1.banyakkan?..puas aku menunggu arnab aku beranak.akhirnya beranak juga^^

..Walao..

Kes Pembuangan Anak Makin Menjadi.


Alaihai...Sapa punya kerja ni, sampai tiga sekali dibuangnya. Comel-comel macam ni pun sanggup dibuang erk...Agak-agak kalau korang jumpa korang nak jaga tak???
..Walao..

Tuesday 28 June 2011

Syiok Pergi Ole-Ole

Dekat rumah aku cume tonton Tv Sambil-sambil tu baca komik pastu tido wkakaka!!!!!.lepas hari dah malam ade kelas tusyen nak kne pegy...lepas balek tusyen ajak la kawan melepak men guitar sampai ke tengah malam!..balek online fb kejap...pukul 3.00 pagi barulah tido whahahaha!!!!!!!!.esok kawan aq nak ajak pegi men boling dekat 0le0le memang happy giler laa...tapi yang seronok skali pegy karoke la..nyanyi sekuat ati sampai tekak aku pon daa kering hahaha.

kalau aku men boling nampak mcm org dah expert btlx?Haa

yang pergi Ole2:Aku,omar,mat,fazmi,khairil,saidah,irfan,akmal,belon,gengster,botak.

..Walao..

Tuesday 21 June 2011

Pergi Ke pulau Pinang

Megat dah nak pergi pulau pinang esok...korg doalah megat kat sana supaya selamat ok?

Dekat sana nnti Megat duduk sebuah Hotel bernama Bayview.Bayview ni sebuah Hotel empat bintang bersebelahan dengan Hardrock Hotel.megat kekadang usha2 sikit Hotel hardrock pastu tangkap gambar senyap-senyap hhehe..kononnya org ingat megat kat hotel hardrock btol tak?

Yan bestnya saudare megat kan tempah bilik untuk hero2 macam megat ni..hero-hero tu kira2 mcm org dewasa (budakbesar).huhuhu tak sangka jadi camtu.megat suka sangat.bazirkan eletrik bila megat dah masok bilik hotel tu sebab kite bayar mahal2 sukahati lah apa nak buat kan? hehe..

Tapi mase nak balik rasa macam tak nak balik...kikikie....dalam perjalanan nak balik mak megat singgah lah kejap sebab nak beli durian kat tepi jalan tu.megat pon menyampah asik2 durian sebab dah biase makan kat umah.

Ingat kot durian biase-biase je kan..rupa-rupanye pewhhhh Musang-King Bhhaiii!! tekejot aku..sblum ni megat tak pernah rasa...bila makan tu sedih kuar air mata huhu sebab first time rase T_T.

Nak tahu rase die camne? huh mantap!harga durian tu punyelah mahal seketol RM100 lebih tau!.Memang puas lah makan durian.ok da
..Walao..

Monday 16 May 2011

Badminton Sebagai Hobi


selamat bertemu lagi dalam blog saya..hari ni aku nak tulis tentang badminton sebagai hobi..hmm kalau sebut pasal hobi..memanglah setiap orang ada hobi masing2..tak kisahlah menonton tv, membaca, melancong, shopping dll..tapi aku naik fokus tentang hobi badminton..main badminton bukan semestinya "teror" baru nak main..korunk boleh bermula daripada 0..memang semua orang bermula dari tak pandai..cari geng2 yg selevel dgn korunk supaya uall tidaklah rasa segan..jangan main dengan orang yg dah expert nanti korang tak berpeluh nanti..kalau nak lawan, pilih lawan yg setaraf..kalau tak begitu, korunk akan bosan dengan hobi badminton ni..kedua..hobi badminton ni nak cakap elit tak juga..memanglah kosnya mahal tapi kalau dah minat tak kisahla..setakat racket rm150.00 setahun..shuttle dan kasut..dan yang paling best lagi dengan badminton ni..seronoklah..sy suka bermain badminton!!!

..Walao..

Aku Suka Tengok Merlin





Siapa suka tengok cerita Merlin kat TV3?? Saya suka. Saya suka tengok cerita Merlin nih.



Dari musim pertama lagi Megat tengok cerita Merlin ni. Bukan apa jalan ceritanyamenarik danpelakon2 pun hensem gak hoho. Merlin ni adalah kisah Fantasi duniamagic. Kiranya Merlin ni hero walaupun badan kurus mcm cicak kubing.. Cite kekadang lawak pun ada...Camana pun cite ni best sebab dia banyak nilai-nilaimurni persahabatan, percintaan, semangat cintakan negara, dan lain-lain lagi la. Kalau yang jahat tu jangan ikut ..ikut yang baik-baik jer...

Berkisar tentang kisah seorang penyihir muda, Merlin (Colin Morgan) yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan ujian yang semakin merbahaya serta pertarungan yang lebih sengit demi memperjuangkan misi sulit menyelamatkan Prince Arthur (Bradley James) di tanah air Camelot, sebuah negara magis dibawah kepimpinan Raja Uther Pendragon (Anthony Head) yang melarang segala bentuk sihir dan magis di sepanjang pemerintahannya.

Konflik dan pengembaraan MERLIN musim ketiga bermula dengan kepulangan Morgana kerana ingin membalas dendam kesumat beliau terhadap Raja Uther dan kerajaan Camelot yang kebetulannya sedang menghadapi kemelut dahsyat. Malangnya, tiada siapa dapat menyangkal misteri di sebalik kehilangan Morgana sebelum ini kecuali Merlin.






Dalam siri musin terbaru juga bagaimana Morgana memerangkap Gween dan Arthur sehingga dijatuhkan hukuman bunuh. Nak tau apa kan jadi seterusnya jangan lupa saksikan di TV3 jam ahad 10.30 malam

..Walao..